Di manakah kecantikan wanita solehah sebenarnya?
|
Add caption |
Bismilahirrahmanirrahim
, hari ini ana hendak berkongski 9 ciri-ciri wanita solehah yang perlu dihayati
. Haa , bukan dihayati pada luaran saja namun memerlukan satu kekuatan untuk
benteng agar biarlahnya ia hakiki dalaman . Semoga tinta ini memberi satu
keperluan kepada kaum hawa. Malah tak dilupakan kaum adam dibenarkan juga untuk
membaca kerana merekalah imam-imam yang akan mendidik anak-anak dan terutamanya
menjadi suami yang alim dan soleh. InshaAllah. Marilah kita renungkan dengan
MATA HATI , bersama kita scan. :)
Terdapat sembilan
keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita yang lain.
Dengan menghayati sembilan perkara wanita solehah akan memiliki
kecantikan yang sebenar.
Pertama :
Menundukkan pandangan (ghadhdul bashar) kepada yang bukan mahramnya,
nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.
Allah S.W.T.
berfirman maksudnya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
“Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah an-Nur ayat
30-31)
Kedua :
Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi semakin manis.
Daripada Abdullah bin
Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya kejujuran
mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan kepada syurga.
Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut siddiq (orang yang
senantiasa jujur). Sedang dusta mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim)
dari perilaku menyimpang mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang
biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim dan Tirmizi).
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman, yang maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman!
Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar
(jujur)” (Surah At-Taubah ayat 119).
Dalam ayat lain,
Allah S.W.T. berfirman, yang maksudnya: “Jikalau mereka jujur kepada Allah,
nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka” (Surah Muhammad ayat 21)
Ketiga :
Rasa malu yang lahir daripada Iman.
Daripada Abu
Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman mempunyai lebih
daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang
iman.”
(Hadis riwayat Imam
al-Bukhari)
Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Sifat malu adalah
sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini seseorang wanita solehah akan
terlepas daripada segala kejahatan kerana adanya sifat ini akan terhindarlah
segala keburukan. Dengan sifat malu juga akan meningkatkan darjat keimanannya.
Sayyidina Ali bin Abi
Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya,
nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”
Keempat :
Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di
lakukan.
Istighfar merupakan
syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabipun yang tidak beristighfar
dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar. Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa
beristighfar atas dosa yang telah mereka perbuat sepertimana firman Allah
S.W.T. dalam surah al-Araf ayat 23 maksudnya :” Keduanya berkata “Ya Tuhan
kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni
kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang
yang merugi”.
Sabda Nabi SAW
maksudnya : “Barangsiapa mengucapkan ‘Astaghfirullahal Adzim aladzi laa
ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi’ akan diampuni dosa-dosanya,
meskipun pernah lari dari medan peperangan” (Hadis Riwayat Al Hakim)
Kelima :
Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.
Wanita solehah dalam
perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di
dalam percakapan, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Nabi SAW bersabda
yang bermaksud ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu
adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah
melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan
mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga
mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad,
Ibnu Hibban dan Thabrani)
Firman Allah SWT
maksudnya :”…Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah
mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra
suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang
tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An.Nur ayat 31)
Keenam :
Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.
Firman Allah
Subhanahu Wa Ta’ala maksudnya : “(Mereka) keras terhadap orang-orang
kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath ayat 29)
Allah Subhanahu Wa
Ta’ala menyuruh Nabi-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud : “dan
rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman.” (Surah Asy-Syu’ara ayat 215)
Nabi SAW bersabda
maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia
dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang
menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat
Baihaqi)
Dalam hadis yang lain
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih
besar pahalanya daripada solat dan puasa?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!”
Rasulullah kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar,
menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara
yang terpisah, menyambungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan
ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya.
Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya,
hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
Ketujuh :
Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri .
Dari Abu Malih Al-
Hudzli : Kaum perempuan kota Himsh atau penduduk Syam menemui Aisyah. lalu
Aisyah berkata ” Kamu adalah kaum perempuan yang masuk ke kamar mandi. padahal,
aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Siapa saja perempuan
yang meletakkan pakaiannya bukan di rumah suaminya, Allah akan membuka aibnya”
( Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim )
Abu Hurairah r.a pun
menyebutkan, ketika turun ayat al- Mula’anah ( tentang suami-isteri yang saling
melaknat kerana tuduhan perbuatan serong ) Rasulullah SAW. bersabda
maksudnya : ” Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan
kerabatnya, ia akan tidak memperoleh apapun dari Allah SWT dan Dia tidak akan
memasukkannya ke syurga “
Dari Aisyah ra
berkata : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki beberapa kelebihan.
Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita lain yang lebih baik
daripada wanita kaum Anshar dalam hal keimanannya terhadap kitabullah dan
apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika turun surat An-Nur, pada potongan ayat
(yang artinya) : Dan hendaknya mereka memakai tudung sampai menutupi dada
mereka. Maka saat itu pula para suami membacakan kepada anak-anak perempuan,
saudara-saudara perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, maka tidak ada
satu wanita pun kecuali mereka memakai tudung (jilbab) lalu mereka
melipatkannya di atas kepala mereka. Hal itu dilakukan kerana kepercayaan dan
keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan Allah dalam kitab-Nya.
Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam ,
mereka terlihat sudah mengenakan jilbab. Seolah-olah di atas kepala mereka ada
seekor burung ghirban.”
Hadis di atas
menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada perkara-perkara
yang boleh mendatangkan fitnah yang akan menjerumuskan pada fitnah yang lebih
besar. Semoga semua para wanita senantiasa menjaga kesucian diri mereka
dan elakkanlah segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa
disedarinya.
Fitnah dizaman morden
ini adalah berhati-hati di dalam perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram di
alam maya samaada melalui facebook atau blog atau hubungan telifon bimbit dan
mengelakkan meletakkan gambar-gambar peribadi yang mungkin boleh disalah
gunakan oleh mereka yang telah rosak akhlaknya.
Kelapan :
Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.
Nabi SAW. bersabda
maksudnya : “Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah
bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wuduk.”
Kesembilan :
Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat
Nabi SAW
bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke
syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada
Allah SWT sebagai ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya.
Maka wanita solehah akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu yang
bermanfaat samaada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang
menutut ilmu akan dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat
rahmat daripada Allah SWT. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis
riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi SAW bersabda maksudnya,
“Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus
rakaat”.
Semoga bermanfaat kepada semua muslimah di luar sana .
Ayuh! kita berusaha menjadi yang terbaik. Semoga ALLAH swt sentiasa memberikan
hidayahNya kepada kita. =)
|
Add caption |
http://tintaseorangmujahidah.blogspot.com/2013/05/9-ciri-ciri-wanita-solehah-yang-perlu.html